Sejarah IPhone 5

Khabar angin mengenai iPhone 5 bermula dengan pantas sejurus selepas pengumuman mengenai iPhone 4s,walaupun maklumat terperinci tidak bocor sehingga Jun 2012.Pada 30 Julai 2012,maklumat mengenai tarikh bila iPhone 5 akan dilancarkan,bersama dengan beberapa ramalan tepat mengenai keupayaannya.Pada 4 September 2012,Apple mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sidang akhbar di Yerba Buena Centre for the Arts di San Francisco pada 12 September 2012.Bayangan gambar dan nombor 5 telah dilihat terpampang pada kad jemputan yang dihantar kepada media,memberi gambaran bahawa iPhone yang seterusnya akan dilancarkan pada sidang akhbar ini.[7].

Sewaktu pelancaran,Apple telah mengumukan iPhone 5 dan beberapa produk yang lain seperti iPod Nano yang baru dan model iPod Touch.Mereka juga menyatakan bahawa pra-tempahan akan diterima mulai 14 September 2012.Sebanyak 2 juta tempahan diterima dalam masa 24 jam.Permintaan terhadap telefon baru itu telah melangkaui permintaan terhadap model sebelumnya,iaitu iPhone 4s,dengan penjualan melebihi 5 juta unit dalam masa 3 hari.